Bukit Puteri

Sebuah bukit bersejarah yang menjadi mercu penting Kuala Terengganu

Pengenalan

Selamat Datang ke Bukit Puteri ,sebuah bukit yang kecil yang sarat dengan sejarah dan legenda di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. Walaupun saiznya sederhana tetapi bukit ini menjadi saksi kepada peristiwa-peristiwa penting yang membentuk negeri Terengganu Darul Iman. Ia Bukan sekadar bukit tetapi sebuah kubu pertahanan utama dan simbol kedaulatan kesultanan Terengganu pada abad ke-18 dan ke-19 Masihi.

Latar Belakang Sejarah

Kubu Pertahanan : Bukit Puteri memeainkan peranan penting sebagai kubu pertahanan,terutamanya semasa perang saudara di Terengganu antara tahun 1831 hingga 1839. Ia menjadi rebutan kerana kedudukan bukit puteri yang strategik dalam mengawal laluan perdagangan dan keselamatan negeri.

Lokasi Strategik : Terletak berhampiran muara Sungai Terengganu dan Laut China Selatan,Kedududkan bukit ini menjadikannya kawasan kawalan dan pertahanan yang penting pada zaman dahulu. Ketinggiannya kira-kira 200 meter dari aras laut memberikan kelebihan pandangan yang luas untuk mengawasi pergerakan kapal dan musuh.

Peristiwa Penjajahan : Bukit puteri pernah di tembak oleh Tentera British di bawah pimpinan Macpherson melalui Sungai Terengganu,yang menunjukkan kepentingannya dalam sejarah penentangan terhadap campur tangan asing

Asal Usul Nama Bukit puteri

Asal nama "Bukit Puteri" sendiri mempunyai kaitan dengan cerita rakyat tempatan.Terdapat lagenda yang mengisahkan tentang seorang puteri bunian yang mengisahkan tentang seorang puteri bunian yang baik hati tinggal di bukit tersebut,yang sering meminjamkan pinggan mangkuknya kepada pendudukan kampung untuk majlis keramaian.Walau bagaimanapun, kerana pinggan mangkuk tersebut tidak dipulangkan,puteri itu merajuk dan menghilangkan diri, meninggalkan bukit itu sebagai warisan sejarah dan misteri.

Tinggalan Sejarah

Sehingga kini,pelbagi artifak sejarah kekal di puncak bukit sebagai bukti kepentingan di masa lalu. Antara tinggalan yang boleh dilihat adalah:

Meriam Lama

Meriam Lama

Rumah Api

Rumah API

GentaBesar

Genta Besar