Kampung Budaya Terengganu

Warisan Hidup Seni dan Budaya Negeri

Pengenalan

Kampung Budaya Terengganu (KBT) ialah sebuah destinasi pelancongan berkonsepkan muzium hidup yang dibangunkan untuk memperkenalkan keunikan budaya, seni dan warisan masyarakat negeri Terengganu. Terletak di dalam Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Losong, Kuala Terengganu, KBT menjadi ruang di mana pengunjung dapat merasai sendiri suasana kehidupan kampung tradisional Melayu Terengganu.


Ia bukan sekadar pameran statik, tetapi sebuah pengalaman interaktif yang membolehkan pengunjung melihat, menyentuh, dan menyertai aktiviti budaya secara langsung. Dengan suasana kampung yang direka semula, lengkap dengan rumah tradisional, peralatan harian, serta demonstrasi seni dan permainan rakyat, KBT menjadi simbol usaha negeri untuk memelihara identiti budaya sambil memperkenalkannya kepada generasi baharu dan pelancong dari luar.

Sejarah

  • Dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu pada 1 September 2020 sebagai usaha memelihara dan mempromosikan warisan Negeri Terengganu

  • Idea penubuhannya adalah untuk menghimpunkan kesenian,kebudayaan dan tradisi dari lapan daerah di terengganu dalam satu lokasi, menjadikannya pusat sehenti bagi pengunjung yang ingin mengenali kepelbagaian budaya negeri.

  • Kampung Budaya Terengganu telah menjadi pentas kepada pelbagai program kebudayaan deperti demonstrasi seni halus, pentunjukan tarian tradisional dan pameran warisan.Menjadikan di mana pelajar dan masyarakat umum dapat memahami sejarah dan cara hidup masyarakat dahulu dengan lebih mendalam.


  • Hiasan Kampung 1

    Tarikan utama :

    Pengunjung dapat melihat banyak pameran kehidupan tradisional dan persembahan seni. Bukan itu sahaja pengunjung jugak dapat melakukan banyak aktiviti budaya yang dapat memahami budaya terengganu dengan lebih mendalam.

    Fun Maps

    Antara Aktiviti yang boleh dilakukan:

    Checkpoint 1

    Perahu Besar& Galeri Pelayaran

    -Pameran Rempas Ratus

    -Galeri Pelayaran - Kompas, Bahan Pembuatan Perahu dan Dll

    -Bergambar View Sungai Terengganu

    Checkpoint 2

    Rumah Nelayan

    -Replika Rumah Nelayan

    -Demonstrasi Goreng kerepok menggunakan pasir

    -Pelbagai Jenis Perahu

    -Galeri Perikanan

    Checkpoint 3

    Rumah Bujang Berserambi Selasar

    -Demonstrasi Ukiran Kayu.

    -Memanah

    -Jualan kraf tangan

    Checkpoint 4

    Rumah berkembar

    -Demonstrasi Anyaman

    -Bertukang

    -Pameran Bahan Pembuatan anyaman

    Checkpoint 5

    Rumah Limas Belanda

    -Permainan Tradisional

    -Permainan Gasing& kaki hantu

    -Permainan congkak

    Checkpoint 6

    Rumah Tele

    -Pakaian Busanan lelaki& Perempuan

    -Pelamin Gergasi

    -Persembahan seni telepuk

    Checkpoint 7

    Laman Singgahsana

    -Pentandingan Permainan Tradisional

    -Persembahan Kebudayaan

    -Jualan Makanan Tradisional

    Checkpoint 8

    Istana Tengku Long

    -Main Alat Muzik Gamelan

    -Pameran Keris & Tombak

Gallery