Muzium Negeri Terengganu

Khazanah warisan dan budaya Melayu Terengganu

Pengenalan

Selamat datang ke permulaan pengembaraan warisan anda. Muzium Negeri Terengganu bukan sekadar sebuah bangunan; ia adalah nadi yang menghubungkan anda dengan sejarah, budaya dan tradisi negeri Terengganu yang kaya dan bersemangat. Sebagai muzium terbesar di Asia Tenggara, kompleks ini berfungsi sebagai titik permulaan yang sempurna untuk menyusuri "Jejak Warisan Terengganu" yang menakjubkan.


Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah budaya, menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dilawati. Destinasi yang wajib dikunjungi adalah Muzium Negeri Terengganu, yang menempatkan pelbagai artifak dan pameran yang menggambarkan sejarah, seni, dan budaya negeri.

Sejarah

  • Ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil.9 Tahun 1976 dan mula berkuat kuasa pada 1 November 1977 selepas diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

  • Penubuhan muzium ini melambangkan usaha negeri Terengganu unutk memelihara warisan sejarah, termasuk kedatangan islam ke Tanah Melayu

  • Sejak itu,muzium berkembang menjadi kompleks besar dengan galeri tetap dan pameran khas sehinggan dinobatkan muzium terbesar di Asia Tenggara.

    • Muzium hiasan

      Tarikan utama :

      Terdapat banyak artifak dan tinggalan sejarah yang dapat masyarakat lihat di sini, Antara tinggalan yang boleh dilihat adalah:

      Batu Bersurat

      Galeri Islam : Saksikan sendiri artifak paling penting di Malaysia, bukti bertulis terawal undang-undang Islam di rantau ini, yang bertarikh 1303 Masihi..

      Seni Bina Tradisional

      Galeri sejarah& budaya :
      Kagumi reka bentuk bangunan muzium utama yang meniru seni bina rumah tradisional Melayu Terengganu, serta lawati rumah-rumah warisan sebenar di Kampung Budaya di perkarangan muzium.

      Warisan Maritim

      Galeri Maritim :
      Terokai Muzium Maritim yang pertama di negara ini, mempamerkan kehebatan masyarakat Terengganu dalam industri pembuatan perahu dan ilmu kelautan.

      Galeri Khas

      Galeri Kepelbagaian:
      Selami pelbagai galeri lain seperti Galeri Tekstil, Galeri Diraja, dan Galeri Kraf yang mempamerkan kekayaan seni dan budaya tradisional negeri..

Gallery