Pengenalan
Istana Maziah bukan sekadar bangunan bersejarah , tetapi simbol keangunan istitusi kesultanan Terengganu. Terletak di kaki Bukit Puteri, berhampiran Sungai Terengganu, istana ini menjadi mercu tanda yang menyatukan sejarah, budaya dan identiti negeri. Dengan kedudukan strategik di tengah bandar Kuala Terengganu, ia sering menjadi tumpuan pelancong dan pencinta sejarah.
Sejarah
- Asal-usul pembinaan: Istana Maziah mula dibina sekitar tahun 1897 semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia dibangunkan untuk menggantikan Istana Hijau yang musnah akibat kebakaran.
- Arkitek dan tukang: Reka bentuknya diilhamkan oleh Tengku Chik Abu Bakar, seorang kerabat diraja yang mahir dalam seni bina. Tukang-tukang tempatan turut memainkan peranan penting dalam pembinaan
- Nama Maziah: Nama istana ini dikatakan diambil sempena salah seorang kerabat diraja, menjadikannya lebih dekat dengan sejarah keluarga diraja Terengganu
- Peranan sepanjang zaman: Sejak dibina, istana ini menjadi pusat segala acara rasmi diraja, termasuk pertabalan Sultan, majlis perkhawinan dan sambutan tetamu kenamaan.
Seni Bina
- Gabungan gaya: Istana Maziah menampilkan gabungan seni bina Melayu tradisional dengan pengaruh Eropah, khususnya Perancis.
- Struktur bangunan: Dindingnya kukuh dengan ukiran kayu halus, tingkap besar yang membenarkan cahaya semula jadi, serta ruang balairung yang luas untuk majlis rasmi
- Warna dan aura: Warna putih keemasan memberi kesan megah, manakala reka bentuk klasik menonjolkan keindahan seni bina lama yang masih relevan hinggan kini
- Keunikan: Tidak banyak istana di Malaysia yang menampilkan gabungan seni bina sebegini, menjadikan Istana Maziah unik dan istimewa.
Tarikan Pelancongan :
Istiada pertabalan
Setiap kali Sultan Terengganu ditabalkan, Istana Maziah menjadi lokasi utama.
Majlis perkahwinan diraja
Istana ini sering menjadi saksi kepada perkahwinan kerabat diraja yang penuh istiadat
Acara tradisi
Majlis berkhatan,bertindik dan sambutan tetamu kenamaan turut diadakan di sini.
Reka Bentuk yang modern
Walaupun berusia lebih 100 tahun, istana masih digunakan untuk acara rasmi negeri, mengekalkan releva,sinya dalam era modern.